Apakah Itu Seni Bina Maklumat (SM)?

Information Architecture Institute adalah sebuah orgnisasi antarabangsa yang terikat didalam memajukan dan mempromosikan amalan seni bina maklumat.

Kami mentakrifkan seni bina maklumat sebagai seni dan sains mengatur dan melabel laman-laman sesawang, intranet, komuniti diatas talian dan perisian untuk menyokong kebolehgunaan.

Perkembangan informasi yang pesat telah menyebabkan kebolehgunaan telah menjadi faktor utama didalam menentukan kejayaan laman-laman sesawang dan aplikasi perisian. SM yang bagus meletakkan asas-asas yang perlu untuk sesuatu sistem maklumat yang bermakna kepada pengguna.

Mengapa SM?

Hari ini setiap perniagaan mengalami masaalah maklumat. Samada sesebuah organisasi itu sedang berhempas pulas untuk mengendalikan tersangat banyak data legasi, atau bagaimana untuk membuat taksonomi untuk produk baru, seni bina maklumat adalah merupakan salah satu bahagian yang penting dari penyelesaiannya.

Se-setengah organisasi mempunyai takrif yang jelas tentang jawatan ‘Jurubina Maklumat’ sebagai orang yang bertanggung jawab untuk mengetuai sesuatu pembangunan semua benda dari sistem fail hinggalah ke seni bina barangan. Ada organisasi yang tidak mengujudkan jawatan ‘Jurubina Maklumat’ tetapi mengambil kira SM sebagai kecekapan yang penting untuk jawatan lain seperti ahli strategi internet, pereka kesalingtindakan, dan juru bina pengetahuan. Untuk kedua-dua jenis organisasi ini, amalan-amalan baik didalam seni bina maklumat dapat menyokong pembangunan antramuka yang membolehkan penyampaian maklumat yang berguna dan berkaitan kepada pengguna.

Organisasi anda memerlukan seni bina maklumat sekiranya:

  • Objektif perniagaan memerlukan reka bentuk atau banyak reka bentuk semula antaramuka atau laman sesawang
  • Kegagalan pelanggan dan perkerja anda mendapatkan maklumat boleh membawa kepada peningkatan kos. Ini termasuklah pusat panggilan dan khimat nasihat
  • Inisiatif pengurusan pengetahuan memerlukan maklumat dipindahkan dari komputer meja ke satu sistem fail pusat atau pun intranet.

This page was last modified on 21 de del 2010 a las 03:44 .