Adakah Saya Seorang Jurubina Maklumat?

Ramai orang tertanya-tanyakan soalan ini kepada diri mereka sendiri. Kita selalu berada didalam situasi berseorangan di pejabat dan tertanya-tanya sama ada kita tidak dapat menyesuaikan diri kita didalam sesuatu jabatan atau pun selepas berkali-kali muhasabah diri kita merasakan yang kita tidak membuat apa yang kita benar-benar ingin lakukan.

Soalan-soalan dibawah ini mungkin boleh menolong anda. Selepas anda selesai menjawab semua soalan, kami akan mengesyorkan langkah-langkah yang boleh anda lakukan untuk melangkah kearah apa yang anda minat, mencari sokongan dan menyertai komunity orang yang mempunyai minat yang sama.


1. Apabila anda melihat sebuah laman sesawang, adakah menu yang tidak mempunyai apa-apa makna kepada anda menyebabkan anda berasa meluat?

Yes No

2. Adakah anda berasa kumpulan anda telah mengabaikan sesuatu yang sukar untuk anda terangkan apabila mereka melakarkan keseluruhan laman sesawang diatas papan putih didalam mesyuarat selama satu jam, dan terus ke fasa pembinaan?

Yes No

3. Adakah anda seperti pemain pita rosak yang sentiasa menyarankan mesyuarat diatas (kumpulan anda mengeluh kebosanan)?

Yes No

4. Ketika mula di jabatan yang lebih strategik adakah anda berasa anda semakin hampir kepada apa yang anda cari, tetapi terlepas peluang untuk melakukan kerja-kerja yang fizikal dan teknikal.? Adakah anda berterusan melukis bulatan yang bersambung, kotak dan anak panah diatas papan lakaran?

Yes No

5. Adakah anda dapati anda terkejar-kejar diantara pereka bentuk, pengaturcara, penulis dan eksekutif akaun didalam usaha anda untuk menyatukan semua orang dibawah satu visi (pengarah kreatif anda hanya ada satu jam ruang kosong diantara mesyuarat dengan pereka-pereka, tetapi anda tidak bertanggung jawab untuk semua benda)?

Yes No

6. Walaupun senario 5 sangat mengecewakan, tetapi adakah anda sebenarnya sukakannya?

Yes No

7. Lama kelamaan, pengarah projek anda merasa terancam dengan tindak tanduk anda dengan orang sekeliling dan cuba mengambil alih peranan anda?

Yes No

8. Anda adalah pengurus projek. Tetapi selain dari menggunakan Microsoft Project anda juga melukis laman sesawang dengan menghubungkan kotak-kotak dan anak panah di dalam Word.

Yes No

9. Anda lebih gembira melukis laman sesawang didalam Word dari mengurus projek didalam Project. Anda berasa malu dan gugup untuk menerangkan idea anda kepada pereka-pereka (yang juga mengeluh kebosanan)?

Yes No

10. Hanya anda seorang sahaja yang gembira didalam mesyuarat selama tiga jam untuk cuba membuat jadual barangan berfungsi didalam ruang selebar 300 pixel.? Anda menukarkan lajur dan baris sebanyak tiga kali dan lebih lagi dirumah kerana penyelesaian yang ada tidak nampak betul?

Yes No

11. Adakah anda meninggalkan sesebuah laman sesawang dalam keadaan amat marah kerana perkataan-perkataan yang digunakan untuk menerangkan sesuatu bahagian tidak selari dengan kandungan yang ada dibahagian tersebut?

Yes No

12. Selepas projek laman sesawang anda yang ke-50, anda dapati diri anda mula mereka-reka satu teori penyeragaman agung untuk laman sesawang didalam syarikat anda yang tidak melibatkan mana-mana bahagian reka bentuk visual dan pengaturcaraan?

Yes No

13. Adakah anda meminta pengawal keselamatan dan setiausaha untuk menguji laman sesawang anda semasa waktu makan tengah hari?

Yes No

14. Adakah anda merasakan perkara yang penting untuk laman sesawang yang anda bina sebenarnya berada diatas paparan sesawang dan juga tersirat diantara apa yang dipaparkan?

Yes No

15. Adakah anda merasakan tidak ada jabatan atau jawatan yang sesuai dengan anda? Anda berasa tidak cocok, maka anda mula membina teori penyeragaman agung didalam nombor 12 semasa waktu makan tengah hari?

Yes No

16. Apabila jalan buntu mengenai sesuatu reka bentuk didalam mesyuarat adakah hanya anda seorang saja yang mencadangkan nombor 13.

Yes No

17. Anda telah dicadangkan buku ‘Beruang Kutub’ beberapa kali, tetapi anda tidak dapat mencarinya di Amazon dan anda berterusan memadamkan email dari orang-orang yang mencadangkannya?

Yes No


Adakah anda seorang jurubina maklumat?

Pada tahap ini anda sepatutnya sudah mempunyai pandangan yang jelas samada anda adalah atau bukan seorang jurubina maklumat – dan pertolongan tersedia untuk anda. Ramai orang memulakan kerjaya mereka sebagai jurubina maklumat dengan cara ini. Mereka telah berjaya menikmati masa kerja mereka dan dibayar untuk melakukan sesuatu yang mereka inginkan, dan dimasa yang sama menjadi lebih terancang dan mahir.

Anda mempunyai masa depan yang gembira menanti anda, cuba terangkan kepada keluarga dan rakan-rakan anda apakah dia nya senibina maklumat.

Disini bagaimana kami boleh menolong:

Laman sesawang Information Architecture Institute (Institusi Senibina Maklumat) menawarkan beberapa sumber ( http://iainstitute.org/ ):

  • Jadual aktiviti, surat berita & senarai perbincangan email
  • Perpustakaan SM & sumber-sumber pembelajaran
  • Papan perkerjaan
  • Direktory ahli
  • Sumber untuk memulakan komuniti setempat
  • Rancangan pementoran
  • Peluang kerja sukarela

Sebagai permulaan: apa yang ada didalam perpustakaan

  • Pengenalan kepada Senibina Maklumat (IA)
    • i.e Menjadi Seorang Jurubina Maklumat – Sacha Cohen
  • Tutorial Senibina Maklumat
  • Istilah-istilah Senibina Maklumat
  • Unsur-unsur Pengalaman Pengguna (PDF)
  • Apa yang dilakukan olah seorang Jurubina Maklumat (PDF)

Penyertaan anda didalam komuniti ini akan memberi kepuasan yang mendalam. Kami amat-amat ingin menjadikan suara-suara anda sebagai sebahagian dari kami.

This page was last modified on 21 de del 2010 a las 03:27 .